Rabu, 24 Ogos 2011

"HANYA KERANA ISLAM"

  Para peminat bola sepak pastinya mengenali pemain ini kerana beliau adalah antara nama besar dalam liga bola sepak Sepanyol (La Liga) . Frederic Kanoute merupakan pemain antarabangsa Mali yang mula mencipta nama di Tottenham Hotspur dan kemudian menyinar di kelab Sevilla...
Meskipun tidak gah seperti pemain-pemain terbaik dunia, namun kemurahan hatinya pernah menggegar masyarakat Sepanyol...
Suatu ketika, masjid di Sevilla ingin dijual kerana tamat kontrak, beliau tampil dengan menghulurkan lebih kurang $ 700, 000 untuk menampung kos pembeliannya... 
Keteguhan hatinya sebagai seorang Muslim ternyata membuka mata umat Islam sedunia...

FREDERIC KANOUTE...
Tidak cukup dengan itu, Kanoute juga tegas tidak mahu memakai jersi kelabnya yang mempromosikan syarikat perjudian sehingga kelabnya bersetuju menyediakan baju khas buatnya...
Beliau turut berani menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin apabila menayangkan baju bertulis Palestina selepas menjaringkan gol dan akhirnya didenda sebanyak $ 4000 oleh La Liga. Tindakan beliau mendorong pemain lain mula menyatakan sokongan kepada Palestin...



Jumaat, 6 Mei 2011

HIKMAH KEJADIAN WANITA !!!

Alkisah, Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita. Padahal boleh saja Allah mengatakan “Kun, Fayakun”. Jadilah, maka jadi. Tetapi Allah Maha bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan makhluk yang bernama wanita ini?"
Allah menjawab : "apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangankan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu dengan kedua tangannya."


Wanita ini dijumpai di google.com



Malaikat terkejut dan berkata : "hanya dengan dua tangan? Ini adalah hal yang mustahil!"
Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada Malaikat, Allah berfirman : "tunggulah sampai esok, Aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai, Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari dan malam."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"
Allah menjawab : "Ya, Sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”

Malaikat bertanya : "Apakah dia mampu berfikir?"
Allah menjawab : "Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga berdebat."


Seorang ibu membelai anaknya...



Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah : “Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau?"
Allah menjawab : "Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan airmata, dan disitu terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Mengapa mengalirkan airmata?"
Allah menjawab : "Airmata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya airmata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya."





Subhanallah!! Wanita adalah Maha Karya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya besar Allah yang maha indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia. Lebih ajaib dari keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajaiban yang menyertainya.

Hebatkan wanita? Hargailah sementara mereka mengasihi kita. Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita.

Jumaat, 29 April 2011

TERIMALAH QADA' DAN QADAR ALLAH...


Firman Allah dalam surah al-Hadid,22 ;
   " Tidak ada sesuatu 
kesusahan yang ditimpa di bumi dan tidak juga menimpa diri kamu, melainkan sudah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya..."
SEGALANYA SUDAHPUN DITENTUKAN....

Tinta pena sudah mengering...lembaran-lembaran catatan sudah disimpan...setiap perkara sudah diputuskan...dan takdir telah ditetapkan...

Kerana itu...janganlah anda merasa gundah dan bersedih disebabkan sesuatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah yang terbakar...

Betapapun, sesungguhnya ia merupakan sesuatu yang telah Allah takdirkan, dan semua yang telah menjadi takdir Allah pasti akan TERJADI...
Perempuan ini menderita penyakit kaki gajah...


Ini pula gambar perempuan yang menghidapi penyakit aneh...
Kita tidak mempunyai pilihan lain...selain menerima takdir itu, kerana Allahlah yang berhak menentukannya...

Dengan adanya cubaan, anda justeru mendapat pahala dan dosa, anda pun akan diampunkan, maka berbahagialah orang ditimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap yang Maha Mengambil, Maha Memberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang... 

LA TAHZAN
DR AIDH ABDULLAH AL-QARNI

Khamis, 28 April 2011

USIRLAH KEKOSONGAN DENGAN KESIBUKAN....

KEKOSONGAN... itu tidak ubah dengan seksaan halus ala penjara China, meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun...dan dalam masa penantian yang panjang itulah...biasanya seseorang akan menjadi stress dan gila...
Ini orang gila yang di jumpai di yahoo.com

Bunuhlah setiap kekosongan dengan pisau "kesibukan", dengan cara itu doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan....
Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar... mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung di alam bebas ! 
Mereka tidak seperti anda yang asyik tidur di atas katil yang empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan...

LA TAHZAN
DR AIDH ABDULLAH AL-QARNI
  

Isnin, 25 April 2011

BERBUAT BAIK MELAPANGKAN DADA...

Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat kepada pemakainya...bahkan mereka yang berada di sekitarnya...

La Tahzan
Dr Aidh Abdullah al-Qarni 

JADIKAN KRITIKAN TAJAM SEBAGAI PENGHORMATAN...

                    Mereka tak pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke liang lahad, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka...
                     Oleh itu, waspadalah terhadapa apa yang mereka katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan, dan hinaan mereka...Bersikaplah laksana batu-batan yang tetap kukuh berdiri meskipun diterpa salji menderanya setiap saat dan dia justeru semakin kukuh kerananya...

Ahad, 24 April 2011

MASA DEPAN AKAN DATANG...DENGAN SENDIRINYA

Firman Allah :
                               " Sesuatu yang ditentukan Allah pasti akan datang, maka jangalah kalian meminta untuk disegerakan"
                                                                              ( An-Nahl : 1 )
      Oleh itu, jangan anda mendahului sesuatu yang belum terjadi...Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktu dilahirkan...atau memetik buah-buahan sebelum masak!!! 
       Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata, belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna...lalu mengapa harus kita menyibuk diri dengan hari esok...mencemaskan kesialan yang mungkin terjadi padanya...memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya...meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya....
                                                  La Tahzan 
                               ( Dr. Aidh Abdullah al-Qarni )
  

  

Sabtu, 23 April 2011

YANG BERLALU...BIARLAH BERLALU....

       Janganlah anda hidup dalam mimpi-mimpi buruk masa dahulu...atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa dahulu...
       Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya...bayi kembali ke perut ibunya...air mata kembali ke kelopaknya...padahal semua itu hanya akan mengalirkan kembali air mata

 ( La Tahzan )
         Dr Aidh Abdullah al-Qarni

Jumaat, 22 April 2011

HARI INI ADALAH MILIKMU...

       Seandainya hari ini anda dapat makan nasi yang segar, mengapa harus anda fikir tentang nasi yang basi yang anda makan semalam...dan mengapa pula anda harus berfikir tentang nasi yang lebih segar pada esoknya...yang penuh dengan ketidakpastian....
                                                                    ( La Tahzan )
                                                             Dr. Aidh Abdullah al-Qarni