Rabu, 24 Ogos 2011

"HANYA KERANA ISLAM"

  Para peminat bola sepak pastinya mengenali pemain ini kerana beliau adalah antara nama besar dalam liga bola sepak Sepanyol (La Liga) . Frederic Kanoute merupakan pemain antarabangsa Mali yang mula mencipta nama di Tottenham Hotspur dan kemudian menyinar di kelab Sevilla...
Meskipun tidak gah seperti pemain-pemain terbaik dunia, namun kemurahan hatinya pernah menggegar masyarakat Sepanyol...
Suatu ketika, masjid di Sevilla ingin dijual kerana tamat kontrak, beliau tampil dengan menghulurkan lebih kurang $ 700, 000 untuk menampung kos pembeliannya... 
Keteguhan hatinya sebagai seorang Muslim ternyata membuka mata umat Islam sedunia...

FREDERIC KANOUTE...
Tidak cukup dengan itu, Kanoute juga tegas tidak mahu memakai jersi kelabnya yang mempromosikan syarikat perjudian sehingga kelabnya bersetuju menyediakan baju khas buatnya...
Beliau turut berani menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin apabila menayangkan baju bertulis Palestina selepas menjaringkan gol dan akhirnya didenda sebanyak $ 4000 oleh La Liga. Tindakan beliau mendorong pemain lain mula menyatakan sokongan kepada Palestin...